| BERITA TERKINI | BORANG MAKLUMBALAS | IKLAN RAK |

VIDEO PENGENALAN RUMAK ANAK KESAYANGANKU

 

 

PENGENALAN

Rumah Anak Kesayanganku (RAK) ialah sebuah rumah kebajikan yang baru dibuka pada Januari 2007 bersamaan dengan bulan Muharam 1428 yang menempatkan seramai 40 orang anak-anak yatim dan fakir miskin, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat.

JUSTIFIKASI

Sejarah telah membuktikan dimana Rasulullah sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang Tuhan seperti Rasul-rasul dari kecil lagi dipisahkan dari ibu dan ayahnya kerana orang yang dibesarkan dengan ibu dan ayah selalunya bersandar dengan ibubapanya. Maka terlindung pula dia daripada bersandar kepada Tuhan. Sebab itu orang Tuhan, Tuhan pisahkan supaya kuat bersandar kepada Tuhan. Kalaupun mak ayahnya tidak mati sepertimana Nabi Yusuf tetapi dia tetap terpisah dari ibu dan ayahnya selama 40 tahun. Sebab itu kalau bukan Rasul pun seperti Imam Syafie telah terpisah dari mak dan ayahnya semenjak kecil. Begitu juga Imam Ghazali pun terpisah dengan mak dan ayahnya. Oleh itu, terpisah dengan mak dan ayah bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan.

ALAMAT

Pejabat dan Kelas Pengajian RAK :
No 23A, Jalan Inai 2, Seksyen BB3, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.

Asrama Anak Yatim Lelaki :
No. 24, Jln Anggerik 4A, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.

Asrama Anak Yatim Perempuan :
No. 7, Jln Anggerik 4B, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.

Taska Anak Yatim dan Ibu Tunggal :
No. 17, Jln Anggerik 4A, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.

MENGAPA NAMA RAK?

Rumah : lambang tempat perlindungan dan mendapatkan perlindungan dan kasih sayang.
Anak Kesayangan : anak-anak yatim dan fakir miskin serta anak-anak yang layak menerima zakat dan bantuan adalah anak-anak kesayangan Allah dan Rasul. Maka sesiapa yang mengasihi dan membela mereka mendapat ganjaran besar disisi Allah dan Rasul. Mereka harus dianggap sebagai anak angkat yang diberikan kasih sayang dan pembelaan.
Ku : kami ingin mengajak setiap orang merasakan bahawa anak-anak yatim ini merupakan tanggungjawab bersama sebagai amanah yang harus dipikul bagi memastikan golongan ini terbela Dunianya dan akhiratnya.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Menyalurkan segala sumbangan yang diterima bukan setakat untuk anak-anak yatim dan fakir miskin yang tinggal di Asrama Anak Kesayanganku tetapi turut diberikan kepada anak-anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal bersama keluarga mereka.
  • Melatih anak-anak Kesayangan untuk menjadi penghibur kepada anak-anak yang senasib dengannya yaitu melalui aktiviti-aktiviti lawatan ke asrama-asrama anak yatim yang lain dan mengadakan persembahan dan program motivasi.
  • Menubuhkan Kelab Remaja Putera/Puteri Harapan bagi anak-anak yatim peringkat menengah dan Kelab Anak-Anak Kesayanganku bagi anak-anak yatim peringkat kanak-kanak.
  • Menyediakan khidmat kaunseling kepada ibubapa/penjaga/waris yang berhadapan dengan masalah anak-anak remaja.
  • Menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran & Tajwid, hafazan Surah, Fardhu Ain, Bahasa Arab dan Jawi secara percuma untuk anak-anak dan remaja yang berminat tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti tuisyen berbayar.

ERTI YATIM YANG HAKIKI

Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah dan ibu, Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu, Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan, Itu sudah takdir dari Tuhan yang Satu,Tidak ada siapa yang mahu,Tetapi iman dan ilmu wajib di cari kerana ia perintah Tuhan yang Esa, Siapa tidak melakukannya adalah berdosa, Tidak ada ayah dan ibu kalau susah hanya di dunia, Di Akhirat masuk Neraka, Tapi kebanyakan orang tidak ada ayah dan ibu tidak suka, Kerana tidak ada tempat mengadu dan bermanja,Tetapi kalau tidak ada iman dan ilmu, Tuhan murka, masuk Neraka… lagi bahaya, Sayangnya yang bahaya dianggap tidak bahaya,Yang tidak bahaya pula dianggap bahaya, Tidak ada ayah dan ibu semua orang dukacita,Tetapi tak ada iman dan ilmu kurang yang berdukacita, Itulah akibatnya jika hanya dunia dikenali, Akhirat tidak dikenali bahkan dilupa, Padahal Akhirat destinasi yang terakhir sekali, Dunia hanya sementara, Oleh itu jangan takut tidak ada ayah dan ibu, Dia bukan yatim piatu yang hakiki, Tapi takutlah jika tidak ada iman dan ilmu, Kerana ia merupakan yatim piatu yang hakiki, Siapa yang menjadi yatim piatu yang hakiki, Di akhirat amat malang sekali.

 

 

LUAHAN HATI ANAK-ANAK RUMAK ANAK KESAYANGANKU

 


 

 

 

 

 


Isnin, 28 April 2008
MEMOHON SUMBANGAN & TAJAAN SEMPENA ‘HARI MELAHIRKAN KESYUKURAN’ RUMAH ANAK KESAYANGANKU
Adalah dengan sukacita dan rendah hatinya, kami bagi pihak penjaga Rumah Anak Kesayanganku (RAK) akan mengadakan sebuah program amal “ Hari Melahirkan Kesyukuran ‘ sempena ulangtahun pertama RAK yang kini telah genap setahun usianya. RAK iaitu sebuah rumah kebajikan yang menempatkan seramai 50 orang anak-anak yatim dan fakir miskin, ibu tunggal, muallaf dan golongan yang layak menerima zakat

2- Kami membuka peluang pada hari tersebut kepada sesiapa sahaja untuk menyampaikan sumbangan & tajaan dimana anak-anak kesayangan ini akan menyampaikan berbagai-bagai persembahan berupa teater, nasyid, luahan rasa dan bacaan sajak sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan. Program juga akan turut dimeriahkan dengan jualan amal produk-produk yang dihasilkan sendiri oleh anak-anak kesayangan ini berupa kek dan roti, kraftangan dan jahitan.

3- Sumbangan boleh dibuat dengan menaja mana-mana keperluan premis dibawah RAK. Keperluan tersebut termasuk sewa rumah, bil air/elektrik, makan minum atau dalam bentuk tajaan barangan dan perabut. RAK kini sangat memerlukan bantuan dana dan keperluan harian untuk menampung tanggungan berikut :

1) 4 buah rumah 2 tingkat sebagai asrama anak yatim dan ibu tunggal
2) Sebuah bangunan 2 tingkat sebagai Pusat Pengajian AlQuran & Fardhu Ain Anak Kesayanganku
3) Sebuah ladang 5 ekar sebagai Pusat Latihan Perternakan dan Pertanian Anak Kesayanganku

RAK turut mengalu-alukan sebarang tajaan bagi :
1) Prasarana dan pembaikan asrama dan tempat tinggal
2) Keperluan pendidikan dan keperluan bulanan

4- Berikut adalah tentatif program amal ‘ Hari Melahirkan Kesyukuran’ :
Tarikh : 31 Mei 2008 ( Sabtu )
Tempat : Rumah Anak Kesayanganku
No : 24, Jalan Anggerik 4A, Seksyen BB4. Bukit Beruntung, 48300, Selangor
Masa : 10 pagi - 6 petang

5- Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian berikut:
Pn Nusaibah : 013-6364956 / 019-2399313 Cik Fatimah : 017-2084652
En Nordin : 016-2183137 Pn Nur Mariah : 019-2430429

Kami dahului keprihatinan pihak Tuan/Puan dengan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan dan tajaan dari pihak Tuan/ Puan untuk menjayakan program amal ‘ Hari Melahirkan Kesyukuran’ ini menjadi amal jariah dan saham dihari akhirat sana.

Yang memegang amanah

Nusaibah Md Hasan (Pengurus RAK)
Telefax : 03 60282546 Email : anakkesayanganku@yahoo.com.my
oleh : Pengurus RAK

BORANG MAKLUM-BALAS

Nama :
Emel :
Maklumbalas Anda :
   

Sila gunakan borang maklumbalas diatas
untuk sebarang respon dan pertanyaan
atau anda boleh menghubungi kami
terus di talian:
  • En Taufik Redha : 013-6297913
  • Pn Nasibah : 013-6364956
  • Telefax : 603-60281434
Atau terus ke akaun RAK : (Maybank) 512017007603.
Cek di atas nama : Anak Kesayanganku

Sekian, Terima kasih.
Demi masa..

Demi masa; Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, juga berpesan-pesan dengan kesabaran" - (SURAH AL-'ASR)

Arkib Berita

Kembali ke Muka Utama
Rumah Anak Kesayanganku

Iklan RAK

Sekecil-kecil sumbangan yang boleh anda lakukan ialah dengan meletakkan IKLAN RAK di laman web atau blog anda. Anda hanya perlu klik butang SALIN dibawah, kemudian tampalkan diruang skrip anda dengan menekan kombinasi butang CTRL+V.

Skrip IKLAN RAK :



Pautan Pilihan

Pautan Jabatan Kerajaan

  • - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • - Institut Kefahaman Islam Malaysia
  • - Majlis Agama Islam Selangor
  • - Jabatan Agama Islam Selangor
  • - Jabatan Mufti Negeri Selangor
  • - E-Zakat
  • Pautan Penaja

  • - D'Mawar Catering
  • - Sentralpoint Systems
  •  

    Powered by

    Powered by Blogger

    Design by SENTRALPOINT SYSTEMS