Rumah Anak Kesayanganku (RAK) ialah sebuah rumah kebajikan yang baru dibuka pada Januari 2007 bersamaan dengan bulan Muharam 1428 yang menempatkan seramai 40 orang anak-anak yatim dan fakir miskin, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat.
JUSTIFIKASI
Sejarah telah membuktikan dimana Rasulullah sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang Tuhan seperti Rasul-rasul dari kecil lagi dipisahkan dari ibu dan ayahnya kerana orang yang dibesarkan dengan ibu dan ayah selalunya bersandar dengan ibubapanya. Maka terlindung pula dia daripada bersandar kepada Tuhan. Sebab itu orang Tuhan, Tuhan pisahkan supaya kuat bersandar kepada Tuhan. Kalaupun mak ayahnya tidak mati sepertimana Nabi Yusuf tetapi dia tetap terpisah dari ibu dan ayahnya selama 40 tahun. Sebab itu kalau bukan Rasul pun seperti Imam Syafie telah terpisah dari mak dan ayahnya semenjak kecil. Begitu juga Imam Ghazali pun terpisah dengan mak dan ayahnya. Oleh itu, terpisah dengan mak dan ayah bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan.
ALAMAT
Pejabat dan Kelas Pengajian RAK :
No 23A, Jalan Inai 2, Seksyen BB3, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.
Asrama Anak Yatim Lelaki :
No. 24, Jln Anggerik 4A, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.
Asrama Anak Yatim Perempuan :
No. 7, Jln Anggerik 4B, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.
Taska Anak Yatim dan Ibu Tunggal :
No. 17, Jln Anggerik 4A, Seksyen BB2, Bandar Bukit Beruntung, 48300, Selangor.
MENGAPA NAMA RAK?
Rumah : lambang tempat perlindungan dan mendapatkan perlindungan dan kasih sayang. Anak Kesayangan : anak-anak yatim dan fakir miskin serta anak-anak yang layak menerima zakat dan bantuan adalah anak-anak kesayangan Allah dan Rasul. Maka sesiapa yang mengasihi dan membela mereka mendapat
ganjaran besar disisi Allah dan Rasul. Mereka harus dianggap sebagai anak angkat yang diberikan kasih sayang dan pembelaan. Ku : kami ingin mengajak setiap orang merasakan bahawa anak-anak yatim ini merupakan tanggungjawab bersama sebagai amanah yang harus dipikul bagi memastikan golongan ini terbela Dunianya dan akhiratnya.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Menyalurkan segala sumbangan yang diterima bukan setakat untuk anak-anak yatim dan fakir miskin yang tinggal di Asrama Anak Kesayanganku tetapi turut diberikan kepada anak-anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal bersama keluarga mereka.
Melatih anak-anak Kesayangan untuk menjadi penghibur kepada anak-anak yang senasib dengannya yaitu melalui aktiviti-aktiviti lawatan ke asrama-asrama anak yatim yang lain dan mengadakan persembahan dan program motivasi.
Menubuhkan Kelab Remaja Putera/Puteri Harapan bagi anak-anak yatim peringkat menengah dan Kelab Anak-Anak Kesayanganku bagi anak-anak yatim peringkat kanak-kanak.
Menyediakan khidmat kaunseling kepada ibubapa/penjaga/waris yang berhadapan dengan masalah anak-anak remaja.
Menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran & Tajwid, hafazan Surah, Fardhu Ain, Bahasa Arab dan Jawi secara percuma untuk anak-anak dan remaja yang berminat tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti tuisyen berbayar.
ERTI YATIM YANG HAKIKI
Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah dan ibu, Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu, Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan, Itu sudah takdir dari Tuhan yang Satu,Tidak ada siapa yang mahu,Tetapi iman dan ilmu wajib di cari kerana ia perintah Tuhan yang Esa, Siapa tidak melakukannya adalah berdosa, Tidak ada ayah dan ibu kalau susah hanya di dunia, Di Akhirat masuk Neraka, Tapi kebanyakan orang tidak ada ayah dan ibu tidak suka, Kerana tidak ada tempat mengadu dan bermanja,Tetapi kalau tidak ada iman dan ilmu, Tuhan murka, masuk Neraka… lagi bahaya, Sayangnya yang bahaya dianggap tidak bahaya,Yang tidak bahaya pula dianggap bahaya, Tidak ada ayah dan ibu semua orang dukacita,Tetapi tak ada iman dan ilmu kurang yang berdukacita, Itulah akibatnya jika hanya dunia dikenali, Akhirat tidak dikenali bahkan dilupa, Padahal Akhirat destinasi yang terakhir sekali, Dunia hanya sementara, Oleh itu jangan takut tidak ada ayah dan ibu, Dia bukan yatim piatu yang hakiki, Tapi takutlah jika tidak ada iman dan ilmu, Kerana ia merupakan yatim piatu yang hakiki, Siapa yang menjadi yatim piatu yang hakiki, Di akhirat amat malang sekali.
LUAHAN HATI ANAK-ANAK RUMAK ANAK KESAYANGANKU
Khamis, 3 Jun 2010
keperluan harian
Penyata keperluan bulanan
Senarai keperluan secara kasar untuk kos secara kasar untuk kos penempatan, pendidikan, kebajikan dan perubatan Rumah Anak Kesayanganku :
1-Penempatan (kos sewa 8 buah asrama)RM 3,900.00
2-Bil air & elektrik (8 buah rumah)RM 5,500.00
3-Sewa bangunan KAFA Anak KesayangankuRM 1, 800.00
4-Bil air & elektrikKAFARM 2,000.00
5-Sewa bangunan Bakery Anak KesayangankuRM 1,400.00
Busana Anak Kesayanganku merupakan sebuah butik yang baru sahaja mula beroperasi pada Ramadhan 2009 ini, menjual dan mempamerkan busana muslim dan muslimah yang menjadikan syariat sebagai asas kepada berpakaian. Pihak pengurusan telah mengambil sebuah bangunan 2 tingkat di Pusat Bandar Rawang dikeranakan lokasinya yang strategik. Butik ini menghasilkan jenama sendiri dibawah nama Anak Kesayanganku untuk dipasarkan kepada setiap pengunjung yang datang ke RAK.
Busana ini juga turut mengelolakan dan mengajar kelas jahitan bagi kemahiran anak kesayangan puteri yang setakat ini telah menghasilkan produk yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan penyumbang-pemyumbang RAK. Seramai 10 orang anak-anak kesayangan puteri terlibat di dalam projek ini dan dikelola oleh 2 orang staff RAK
Alamat : No 15G,15-1, Jalan RS 1, Rawang Sentral 48000 Rawang, Selangor.
oleh : Pengurus RAK
Jumaat, 28 Mei 2010
PROGRAM MAKAN AMAL 19/06/2010
DENGAN SUKACITANYA KAMI BAGI PIHAK (RAK) INGIN MENJEMPUT TUAN/PUAN KE MAJLIS MENAGIH REDHA-MU BERSAMA RUMAH ANAK KESAYANGANKU
Merujuk perkara di atas adalah kami bagi pihak penjaga Rumah Anak Kesayanganku (RAK) yang merupakan sebuah Pusat Jagaan yang menaungi 150 orang penghuni terdiri dari anak-anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, muallaf dan golongan yang layak menerima zakat ingin mengadakan program jualan meja di Restoren Seri Melayu, Kuala Lumpur bagi mengutip dana untuk RAK.
2- Tujuan program makan malam amal ini dibuat adalah bagi tujuan berikut : 2.1 Bagi mengumpul dana membeli sebuah rumah teres dua tingkat yang menjadi penempatan 30 orang penghuni (kini disewa dan owner ingin mengeluarkan penghuni dari rumah tersebut jika tidak mampu membeli). Harga rumah adalah RM 155 ribu.
2.2 Untuk membeli sebuah bangunan lot kedai dua tingkat yang kini disewa sebagai KAFA dan Pusat Tuisyen anak-anak yatim seramai 100 orang dari penghuni Rumah Anak Kesayanganku. Harga bangunan adalah RM 270 ribu.
2.3 Untuk melengkapkan keperluan prasarana bagi 10 buah asrama yang masih serba dhaif dan kekurangan, juga keperluan bagi membaiki kerosakan asrama yang agak uzur oleh bilangan penghuni yang ramai. Jumlah diperlukan adalah RM 25 ribu.
3- Berikut kami nyatakan aturcara bagi program tersebut :
Tarikh : Sabtu 19hb Jun 2010 Waktu : 12 tengahari hingga 2 petang Tempat : Restoran Seri Melayu Sdn Bhd, No 1 Jalan Conlay, Kuala Lumpur Harga Meja : RM 3,000 dan RM 5,000 per meja (10 orang)
Acara Program :
Ø Penyampaian sumbangan/cek dari badan-badan korporat kepada RAK Ø Persembahan pentomen, nasyid dan silat dari Anak-anak Kesayangan Ø Penyampaian hadiah untuk Anak-anak Kesayangan yg mendapat keputusan cemerlang Ø Penyampaian cenderahati untuk tetamu kehormat dan penaja program Ø Pelancaran album ‘ Yang dirindu’ oleh Anak-anak Kesayanganku Ø Jualan amal untuk kutipan dana dan juga produk dari Bakeri, Busana dan Pusat Latihan RAK
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Puan Nasibah Hasan 019 2399313 / 013 6364956 / Puan Kamariah 017 2894029 / Puan Zahrati 0134854303 / Puan Norhayati 017 6017635
4- Semoga usaha kecil ini sentiasa mendapat keredhaan Tuhan dan kami dahului segala bentuk bantuan dan sumbangan dengan jutaan terima kasih. Sekian.
oleh : Pengurus RAK
Isnin, 24 Mei 2010
BAKERI ANAK KESAYANGANKU
BAKERI ANAK KESAYANGANKU
Projek komersil yang pertama yang diusahakan di RAK ini yang diberi nama Bakeri Anak Kesayanganku,di usahakan oleh ibu-ibu tunggal sebagai tenaga utama dan dibantu oleh 15 orang anak-anak kesayanganku puteri peringkat menengah yang menghasilkan pelbagai jenis roti, kek, biskut, frozen food dan lain-lain.
Selain matlamat utamanya menjadi tempat latihan kemahiran bagi anak-anak kesayangan puteri selepas sesi pembelajaran di sekolah, ianyajuga sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah yang mana di kawasan ini belum lagi mempunyai bakeri kepunyaan orang Islam. Bakeri ini di urus oleh seorang pengusaha yang bertaraf chef dan menjadi tenaga pengajar untuk Pusat Giat Mara. Selain di harap dapat menjadi salah satu sumber pendapatan tetapi yang lebih penting ialah agar lahir hamba-hamba Allah yang dapat memberi berkhidmat sesama manusia di bidang permakanan.
Alamat : No 39, Jln Inai 2, Seksyen BB3, Bandar Bukit Beruntung, Selangor. Sila hubungi : 017 288 4760/ 0176017635
oleh : Pengurus RAK
SEKOLAH YAQUTULFUAD
Ini adalah sebahagian gambar-gambar sekolah baru anak kesayanganku , kita baru saja berpindah ke bangunan bersebelahan sekolah lama, kita telah pun menyiapkan renovation bangunan sekolah Anak kesayanganku, tetapi masih banyak kekurangan yang perlu di buat, oleh itu kami mengalu-alukan pihak-pihak atau individu-individu yang ingin menyumbang apa sahaja bagi melengkapkan sekolah anak kesayangan, moga-moga usaha kita mendapat keredhaan Tuhan.
oleh : Pengurus RAK
GAMBAR ANAK KESAYANGANKU RAK 052010
oleh : Pengurus RAK
oleh : Pengurus RAK
BORANG MAKLUM-BALAS
Sila gunakan borang maklumbalas diatas untuk sebarang respon dan pertanyaan
atau anda boleh menghubungi kami terus di talian:
En Taufik Redha : 013-6297913
Pn Nasibah : 013-6364956
Telefax : 603-60281434
Atau terus ke akaun RAK : (Maybank) 512017007603.
Cek di atas nama : Anak Kesayanganku
Sekian, Terima kasih.
Demi masa..
Demi masa; Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, juga berpesan-pesan dengan kesabaran" - (SURAH AL-'ASR)